Cahaya Kebijaksaan Mataku


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 30, 2010

..:: Hukum Memakai Rambut Palsu ::..

Dalil yang mengharamkan penyambungan rambut (memakai rambut palsu) ialah hadith yang diriwayatkan oleh al Bukhari (5591) dan Muslim (2122) daripada Asma' bte Abu Bakar r.a katanya :

Seorang perempuan telah datang menemui Nabi s.a.w katanya : "Wahai RasuluLlah! sesungguhnya aku memiliki anak perempuan yang sedang meningkat remaja. Dia terkena penyakit rubela yang menyebabkan rambutnya gugur, apakah aku boleh menyambungkannya?". Jawab Baginda :"ALlah telah melaknat perempuan yang menyambungkan rambut dan perempuan yang meminta disambungkan rambutnya."

Hikmah Pengharaman Menyambung Rambut:~

Kemungkinan besar hikmah pengharaman menyambungkan rambut ialah ia merupakan penipuan terhadap hakikat sebenar, merubah ciptaan asal dan menzahirkan diri dengan keadaan yang bukan sebenarnya.

Al Bukhari (5594) dan Muslim (2127) meriwayatkan daripada Said bin al Musayyab r.a katanya :

Muawiyah r.a datang ke Madinah (kedatangannya yang terakhir), lalu berkhutbah kepada kamu, kemudian dia mengeluarkan sekumpulan rambut. Katanya : Aku tidak pernah melihat seorangpun yang melakukan perkara ini kecuali orang Yahudi. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah menamakannya sebagai pendustaan.

Yang dimaksudkan ialah orang yang menyambungkan rambut. Hadith ini jelas menyatakan illah (sebab) pengharaman iaitu penipuan dan pendustaan disamping ia merubah hakikat sebenar.

Sumber : Kitab Fikah Mazhab Syafie - Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho dan Ali Asy Syarbaji.

No comments:

Post a Comment